PANDUAN MENANAM CILI
|
- Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci). Tinggalkan hanya sepokok.
MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN
(sumber: Suara KPW Oktober 1993)
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting. Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.
PENJAGAAN:
Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Membaja
- Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
Sungkupan
- Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.
Merumput
Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting ialah masalah serangga perosak dan penyakit. Berbagai-bagai jenis serangga perosak telah dikenalpasti menyerang tanaman cili pada semua peringkat pertumbuhan.
- Serangga:
- Kutu Daun: Sembur racun serangga chlorphyritfos atau imidachloprid
- Hamama Merah: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah. Sembur racun
seperti dicofol atau malathion
- Afid: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga cili. Serangan menyebabkan daun
berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut. Selain itu, afid ialah pembawa penyakit virus.
- Kutu Trip: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga. Akibatnya daun menjadi kecil dan
bentuk daun melengkung ke atas. Kutu trip juga boleh menyebar virus.
- Hama: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.
- Pengorek Buah: Membuat lubang besar pada permukaan buah yang diserang.
- Ulat Ratus: Makan daun dan buah.
- Lalat Buah: Bertelur di kulit buah. Larva merosakkan bahagian dalam buah mengakibatkan buah menjadi
busuk dan berair.
Untuk pengawalan yang berkesan, pada peringkat semaian, benih cili hendaklah disemai di dalam rumah jaring kalis serangga. Tujuannya ialah untuk menghalang serangan serangga perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga serangga-serangga lain yang boleh merosakkan tanaman cili. Ini penting kerana anak-anak benih cili yang hendak diubah ke ladang mestilah sihat. Anak-anak benih yang dijangkiti virus tidak boleh dipulihkan semula. Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus pada peringkat semaian sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada pokok dewasa.