Mata pelajaran Sains Tahun Dua mula diperkenalkan pada tahun 2004.Ia dilaksanakan apabila terbentuknya
PPSMI.Mata pelajaran Sains ini telah diajar dalam Bahasa Inggeris.Ia bertujuan untuk meningkatkan mutu Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran.Mata pelajaran Sains Tahun Dua ini mempunyai lapan tajuk.Tajuk-tajuk tersebut sememangnya adalah asas bagi mata pelajaran Sains.Kini mata pelajaran Sains merupakan tahun terakhir menggunakan Bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Manakala ,tajuknya pula akan bertukar kepada Dunia Sains Dan Teknologi kerana ia adalah kesinambungan daripada Tahun Satu yang telah memulakan sukatan KSSR pada tahun ini.Tajuk-tajuk yang akan dipelajari oleh murid adalah lebih kurang sama sepertia sedia ada cuma ada penambahan tajuk tentang IT.
No comments:
Post a Comment